Mar 24, 08 6:14pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya esok sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman. Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah kira-kira lebih 2,000 penyokongnya sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya kira jam 5.30 petang tadi.
Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad menyampaikan ucapan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya. "Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya. "Saya akan bekerja sebaik mungkin.
"Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar esok di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment