Written by Aspan Alias
March 25, 2008
Muhammad Taib berkata bahawa berpuluh-puluh bahagian menyuarakan pendapat yang pemilihan parti patut ditangguhkan sehingga Jun tahun hadapan untuk meredakan keadaan. Kononnya jika buat pemilihan sekarang ditakuti akan timbul malapetaka.Kita nak bertanya kepada Mat Taib, apa malapetakanya, selain daripada kemungkinan pimpinan ditolak oleh perwakilan?
Malapetaka yang mungkin dimaksudkan oleh Mat Taib ialah kekalahan pihaknya dalam pemilihan itu.Jika pimpinan hari ini ditolak, mereka mesti menerimanya dengan baik dan malapetaka itu tidak akan wujud. Sebenarnya, Muhammad Taib sudah mula hendak berbohong lagi dan memutarbelitkan isu. Beliau ini memang terkenal dengan kemahiran berbohong sehinggakan Tuanku Sultan Selangor pun pernah dibohonginya.
Kepada Mat Taib, saya ingin memberi sedikit nasihat. Jika dia mencadangkan pemilihan di dalam UMNO ini ditangguhkan, ianya membayangkan dia tidak ada keyakinan untuk kekal berkuasa. Ini bermakna Mat Taib sendiri menzahirkan undi tidak percaya kepada Pak Lah secara langsung. Saya tidak tahu sama ada Mat Taib sedar atau tidak tindakan beliau ini merupakan tindakan yang dianggap bodoh sebagai seorang pemimpin sebuah parti siasah terbesar negara ini.
Saya sanggup memberikan kursus kepada Mat Taib kerana setakat mengajar ilmu yang sekecil ini tak perlu orang yang bijak pandai. Cukup sekadar saya yang tidak bijak ini untuk memberi kursus kepadanya. Sekarang ini kekuatan individu di dalam UMNO tidak ada gunanya sekiranya UMNO itu sendiri ditolak rakyat. Jika benar Mat Taib ini seorang yang boleh berfikir, beliau tidak akan bercakap seperti orang yang mabuk. Seseorang yang tidak tahu apa yang dilakukannya adalah tergolong dalam kumpulan orang yang mabuk.
Amalan dan ibadah orang-orang mabuk tidak diterima Tuhan. Mat Taib mesti sedar jika pemilihan ditangguhkan dan berjaya mengekalkan kepimpinan hari ini, bermakna dia mahu mengekalkan kebencian rakyat kepada barisan pimpinan UMNO seperti apa yang berlaku sekarang.
Jika kebencian ini berlarutan, maka pada pilihanraya yang akan datang UMNO/BN akan ditolak sekali lagi dan kali ini banyak lagi negeri akan hilang ke tangan pembangkang. Mat Taib perlu faham bahawa pemimpin yang ditolak tidak akan mampu memperbetulkan parti kita ini. Usaha untuk memperbetulkan UMNO hanya boleh dilakukan oleh pemimpin yang berpengalaman dan yang tidak ada dalam kepimpinan tertinggi pada hari ini.
Ketua penerangan kita ini seolah-olah ingin sangat melihat UMNO menghadapi kegagalan lagi dengan membawa cadangan yang mengarut ini untuk diluluskan oleh MT parti. Saya begitu hairan kenapalah orang-orang seperti Mat Taib ini masih ada lagi dalam barisan kepimpinan kita?
Kenapakah orang yang mempunyai imej yang meragukan ini diberikan lagi tempat? Bukankah orang seperti ini akan membuatkan kita susah untuk menghidangkan kepada rakyat UMNO yang baik dan ber’dignity’? Jika cadangan untuk menangguhkan pemilihan dalam parti semata-mata untuk mengekalkan kepimpinan yang telah ditolak rakyat, maka UMNO akan kekal ditolak dan beberapa buah negeri lagi akan jatuh ke tangan pembangkang.
Apa yang cuba dilakukan oleh Mat Taib ini seolah-olah dia sedang menggali liang lahat untuk UMNO pada pilihanraya akan datang. Nampaknya, bersungguh-sungguh benar Mat Taib dan rakan-rakannya nak kuburkan UMNO ini.
Apabila parti sudah terkubur nanti, kita akan ingat siapa yang menguburkan UMNO kesayangan kita ini!Tentulah salah seorang yang bertanggung jawab menguburkan UMNO ialah Mat Taib selain daripada Pak Lah, Najib, Tengku Adnan dan lain-lain yang ramai di antaranya kita kenal.
No comments:
Post a Comment